Search This Blog

April 25, 2011

Ulang tahun ke-50 Yuri Gagarin ke angkasa

Anjing, tikus bahkan monyet dan bakteria sudah dihantar ke angkasa lepas, tetapi pada 12 April 1961-50 tahun lalu, tibalah giliran manusia pula.
Ketika Amerika ghairah melakukan projek yang sama, mereka telah dikalahkan oleh sebuah lagi kuasa besar dunia, Soviet Union. Manusia pertama yang terpilih melakukan perjalanan bersejarah itu ialah Yuri Gagarin yang ketika itu berusia 27 tahun.
Anak kepada seorang tukang kayu itu dilahirkan di kampong klushino dekat Ghahastask, 240 KM ke timur laut Smolensk.Gagarin dilatih untuk membuat acuan besi di ladang tempat bapanya bekerja tetapi apabila dia dihantar untuk menjalani latihan lanjut di sebuah sekolah teknik, dia lebih tertarik kepada bidang penerbangan. Selepas tamat persekolahan pada tahun 1955 dia memasuki sekolah kadet tentera udara Soviet Union dan lulus pada 1957.
Pakar-pakar perubatan di Rusia menekankan yang angkasawan pertama Negara itu mesti seorang juruterbang kerana mereka perlu melalui situasi g-forces yang tinggi. Mereka juga harus pintar, cergas dan memiliki ketinggian tidak melebihi 1.75 meter dan berat kurang daripada 72 Kg.
Pada tahun 1959, iaitu semasa era perang dinging Rusia-Amerika memuncak, Rusia mula menyaring ramai juruterbang terlatih. Di pihak Amerika,  mereka sudah pun mengumumkan 7 orang calon angkasawan pada awal tahun dan mendapat publisiti besar-besaran. Pada penghujung berkenaan, barulah Rusia memilih 20 orang calon angkasawan tetapi identiti mereka dirahsiakan.
Ketua Program angkasa lepas Rusia, Sergie Korolev, bertegas dengan angka 20.  “Amerika memilih 7 lelaki tetapi kami perlukan lebih ramai calon”, katanya. Ujian demi ujian selepas itu telah menyenarai pendek 6 calon dalam senarai teratas ialah Gagarin diikuti Herman Titov.
Angkasawan pertama itu nanti akan mengembara menggunakan Vostok, sebuah kapal angkasa yang memanfaatkan kuasa tujahan roket semyorka R-7. Roket itu sebelum ini direka untuk melancarkan peluru berpandu antara benua pertama didunia.
Kapal angkasa Vostok telah beberapa kali diuji membawa anjing hidup ke angkasa lepas. Haiwan itu dipakaikan pakaian angkasawan sebenar dan diletakkan tag pengenalan sebagai Ivan Ivanov.
Sebenarnya badan Gagarin lebih berat daripada Calon angkasawan kedua iaitu Herman Titov, dan terdapat cadangan supaya calon angkasawan haruslah seorang yang ringan. Tetapi korolev menyakinkan pihak kerajaan bahawa Gagarin ialah orangnya dan korolev sanggup mengeluarkan beberapa peralatan dari Vostok bagi mengurangkan berat kapal.
Pada 12 April, Gagarin dibawa ke pad pe4lancaran. Sebelum menaiki bas menuju ke kapal angkasa itu, Gagarin kencing ditayar belakang bas berkenaan. Dikatakan perbuatan itu kemudian menjadi ikutan para angkasawan Rusia.
Salah satu perkara terakhir yang dibuat Gagarin ialah memastikan bekalan sosej yang dibawa mencukupi dalam perjalanan pulang rumahnya di Moscow.. Selama setengah abad, perbualan Gagarin dengan korolev berkenaan makanan sosej yang dianggap sebagai biasa telah menjadi sebahagian daripada rahsia besar Rusia hinggalah ia didedahkan dalam dokumen baru-baru ini.
Dokumen itu turut menolak andaian Gagarin dibunuh oleh oleh pemerintah Rusia yang cemburu atau paranoid. Teori kongspirasi menyebut dia diarah bunuh oleh pemimpin soviet, Leonid Brezhnev atas kesalahan yang tidak jelas atau tidak setia kepada parti. Pada pukul 9.07 pagi waktu Moscow, Vostok dilancarkan dari Baikonur, Kazakhstan. Gagarin dibekalkan sebuah anak patung yang akan terapung bagi menandakan dia sudah memasuki ruang tanpa graviti. Cuma 78 minit diperlukan untuk Vostok keluar dari Orbit. Kapal itu berpusing-pusing di angkasa lepas. Selepas kapsul yang dihuni Gagarin terpisah daripada kapal itu, ia mula menjunam jatuh ke bumi. 
Tujuh Kilometer sebelum terhempas ke bumi, Gagarin menekan butang tendang keluar. Dia selamat mendarat menggunakan payung terjun. Dia ditemui seorang petani wanita yang bimbang Gagarin ialah seorang perisik asing. Namun selepas Gagarin bercakap dalam bahasa Rusia, wanita terus menjadi peramah. Pengembaraan itu berlansung selama 108 minit. Gagarin dinobatkan sebagai wira Negara dan menjadi terkenal di seluruh dunia termasuk menjadi penghias muka depan majalah TIME
Dia tidak pernah kembali ke angkasa lepas dan meninggal dunia pada tahun 1968 dalam satu nahas kapal terbang.


 

April 19, 2011

Sejarah Penerbangan Belon Panas

Pada 19 September 1973 , seorang Saintis dari Perancis Pilatre De Rozier mengejutkan penduduk Bandar Metz apabila dia memperkenalkan belon udara panas pertama di dunia yang digelar aerostat revelion
Penumpang belon panas itu pula terdiri daripada beberapa ekor haiwan seperti kambing biri-biri, itik dan ayam jantan bahkan, belon berkenaan berada pada kira-kira 15 minit diudara sebelum terhempas ke tanah.
Bagaimanapun 2 tahun kemudian, nasib tidak menyebelahi De rosier apabila percubaan untuk menyeberangi Selat Inggeris gagal, setelah belon ciptaannya meletup setengah jam ketika berada di ruang udara Wimeruex, Perancis sehingga menyebabkan dia terkorban.
Punca kemalangan ini disebabkan rekabentuk Ujikaji ciptaan beliau menggunakan belon hydrogen dan belon udara panas yang diikat bersama-sama.
Biarpun peristiwa hitam kematian De Rozier mengejutkan banyak pihak, ia sedikitpun tidak mematahkan semangat para intelek memikirkan teknologi terbaik yang lebih selamat dan mengekalkan belon udara panas lebih lama di ruang angkasa.
Jika diteliti reka bentuknya belon udara panas terdiri daripadasebuah belon atau karung bag yang digelar envelop serta berupaya menampung udara panas dalam jangka masa tertentu.
Tergantung di bawah envelop adalah sebuah gondola atau bakul diperbuat daripada rotan berfungsi sebagai pembawa penumpangserta sumber bahan api bagi mengerakan belon udara panas.
Pada hari ini kebanyakkan envelope diperbuat daripada fabric jenis nilon, manakala permukaan mulut belon (Skrit) berhampiran penunu gas ( burner) diperbuat daripada bahan tahan panas seperti nomex.
Di Malaysia, pendedahan mengenai Belon Udara Panas bermula sejak 16 tahun lalu melalui penganjuran sukan berkenaan di beberapa buah negeri seperti di Pulau Pinang, johor dan Kuala Lumpur.
Bercerita lebih lanjut mengenai perkembangan sukan udara jenis itu di Negara ini, juruterbang belon berpengalaman Nordin hussin, memberitahu, bahan pembakar yang sesuai digunakan  bagi menggerakkannya adalah gas asli cecair ( LPG)
Disebabkan iklim yang agak panas dinegara ini, kita cenderung menggunakan bahan pembakar LPG berbanding gas Nitrogen yang digunakan secara meluas dinegara luar terutama di Eropah.
“Namun bagi memastikan prestasi penerbangan belon lebih berkuasa, kami mengunakan sebanyak 20% gas Nitrogen,” katanya ketika ditemui di Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 baru- baru ini.
Bermula pertengahan tahun 1970-an sejarah terukir apabilabelon udara panas , dicipta dalam pelbagai bentuk.
Antaranya Hot Dog, Kapal Angkasa serta beraneka produk komersial namun, bentuk asal tetap populardalam kalangan peminat sukan itu.
Penganjuran kali ini di Putrajaya jugatidak telepas dengan pelbagai rupa belon. Antaranya Belon berbentuk pokok dari Amerika ASyarikat, Watak kartun Doraemon ( Jepun)dan watak filem Darth Vader ( Perancis.)
Sebanyak 27 belon udara panas daripada 14buah Negara yang dihiasi dengan pelbagai corakdan bentuk mewarnai ruang udara Putrajaya. Daripada jumlah itu, sebanyak 3 buah belon dari Malaysia.

TEKNOLOGI BELON UDARA PANAS
Dalam pada itu, menyentuh aspek teknologi yang digunakan agak mudah namun, peminat sukan ini mperlu mengeluarkan modal yang agak besar memandangkan hamper semua peralatannya di import dari luar Negara
Berat tangki termasuk gas kebiasaannya sekitar 25 hingga 30 Kilogram (kg) yang diletakkan bersama juruterbang dan penumpangdi dalam bakul rotan.
Sumber tenaga daripada Burner berfungsi seperti enjin kepada belon udara panas, malahterdapat pelbagai burner digunakanantaranya, jenis tunggal, sepasang dan system burner segi empat.
Ada juga peminat sukan ini berpendapat , system dua burner paling popular kerana ia mampu bergerk lebih pantas  bahkan, burner boleh ditambah bergantungkepada bentuk dan berat belon.Ia juga bergantung kepada saiz belon, bakul dan bilangan penumpang. Bukan itu sahaja, belon standart boleh dinaiki diantara dua hingga tiga orang manakala belon yang lebih besar mampu dinaiki sehingga empat orang.
Memandangkan cuaca di Negara ini agak panas,kaedah menaikan envelope agak berlainan. Pada peringkat awal kita akan menggunakan kipas elektrik berkuasa tinggibagi mengembangkan envelope sebelum burner digunakan.
Selain kemahiran mengendalikan belon uidara panas, seorang juruterbang itu perlu mempunyai kepakaran melihat keadaan cuaca seperti bentuk awan, kelajuan angin dan sebagainya.
Beberapa keadaan yang tidak membenarkan belon udara panas beroperasi adalah dalam keadaan hujan, kelajuan angin melebihi 15 knot dan cuaca yang sangat panas.
Untuk mendaratkan belon ini ia memerukan kawasan terbuka tanpa perlu ada sebarang halangan seperti kabel elektrik, telefon ataupun pokok


INFO BELON PANAS
Merupakan teknologi penerbangan membawa manusia yang tertua di dunia
Ia tidak boleh melebihi ruang atmosfera sama seperti pesawat lain
Berat keseluruhan antara 350 hingga 450 kg
Setiap unit belon standard berharga RM 200,000.
Boleh terbang bebas dengan ketinggian tertentutetapi tidak boleh berpatah balik ke tempat asal.
Juruterbang belon  di wajib mendapatkan lessen daripada Jabatan Penerbangan Awam ( DCA ) sebelum mengendalikannya
Had ketinggian yang dibenarkan DCA adalah adalah di bawah304.8 meter manakala jarak lokasi penganjuran pula kira-kira 30 kilometer dari lapangan terbang
Di Putrajaya had ketinggian yang dibenarkan adalah 204 meter memandangkan lokasinya berdekatan dengan KLIA.

 
Program selama empat hari itu di anjurkan oleh Malaysian Sport Aviation Fedaration ( MSAF) dan AKA Ballon Sdn. Bhd dengan kerjasama Putrajaya Holding (PJH)

March 29, 2011

PANTAI SABAK. Antara Sejarah Dan Kenangan


Mungkin ramai di antara  anda di luar sana tidak mengenali dan mengetahui di mana letaknya Kg.Sabak. Ada juga yang bertanya, apa perlunya mereka mengetahui tentang perihal dan sejarah tentang Pantai Sabak  dan kaitannya dengan kehidupan seharian mereka...Saksikan dahulu video Dokumentari Khas Kg.Pantai Sabak, Kelantan di bawah ini :

Terletak pada jarak 12 Kilometer dari Pusat Bandaraya Kota Bharu, Pantai Sabak yang dahulunya amat dikenali sebagai sebuah pantai yang cantik dan bersih, bagaimanapun tercatat dalam lipatan sejarah sebagai sebuah perkampungan pertama yang menerima pendaratan tentera penjajah jepun pada 8 Disember 1941.


Kubu telah mula di hakis ombak

Terdapat beberapa artifak sejarah yang berkaitan perang dunia ke-2 ditemui di Kg.Sabak sebagai bukti fakta sejarah pendaratan tentera jepun di kampung ini. Artifak atau bahan sejarah tersebut  dapat dilihat dengan jelas  di tepi pantai ini suatu masa dahulu. Artifak seperti kubu pertahanan yang digunakan oleh tentera daripada pasukan "First Hyderabad Infantry" yang juga di kenali sebagai tentera "Gurka" oleh penduduk tempatan, telah bersemadi di dalam dasar laut di kampung ini setelah mengalami masalah hakisan yang bermula lewat tahun 1993. Bagaimanapun selepas kerajaan melakukan penambakkan Pantai Sabak untuk menggelakkan lebih banyak kejadian hakisan, kubu tersebut kini berjaya "di daratkan" kembali. Kini ia dapat dilihat semula di Pantai Dasar Sabak.


Gambar di bawah ini mampu mengamit kembali tentang sejarah yang pernah dilalui oleh penduduk kampung sabak  suatu masa dahulu .






Kubu yang terdapat di Kg Pantai Dasar Sabak ini, akhirnya dapat di lihat kembali setelah kerajaan melakukan projek penambakkan pantai sabak bagi menggelakkan terjadinya lebih banyak kes-kes hakisan yang telah mengubah sedikit sebanyak bentuk Geografi Kampung tersebut.


Kubu masih berada dalam keadaan  baik pada awal tahun 90-an sebelum masalah hakisan ombak berlaku dan menenggelamkannya ke dalam laut

                                
Hakisan yang mula berlaku menyebabkan kedudukannya semakin menghampiri laut. 40 peratus telah ditenggelami pentas hakisan atau pasir di persisir pantai              

                                   

KAMPUNG SABAK YANG DIKENALI SEBAGAI KG. NELAYAN

"Woi-woi bangun, kelaut deeeee".........Itu lah ungkapan kata-kata yang diambil dari lagu Blues Teganu kite nyanyian Kumpulan Iklim yang pernah popular sekitar awal 90-an dahulu..Biarpun lirik lagu tersebut menceritakan tentang situasi kampung nelayan di sekitar Kuala Kemaman, tapi situasi yang sama juga sebenarnya terdapat di sebuah perkampungan nelayan di Kelantan suatu masa dahulu.

Seawal waktu pagi, setelah selesai mendirikan solat subuh, bunyi deruman yang memecah kesunyian dapat didengar dengan jelas di seluruh ceruk dan kawasan di kampung sabak. Deruman itu sebenarnya datang dari bunyi ekzof-ekzof enjin kuasa kuda yang tidak melebihi 20 horses power milik nelayan-nelayan kampung ini untuk memulakan perjalanan ke lautan lepas. Seawal jam 6 pagi mereka telah mula menyediakan keperluan asas untuk aktiviti- aktiviti menangkap ikan sepanjang hari tersebut. Peralatan seperti minyak petrol, ais batu, mata kail dan sebagainya perlulah sentiasa berada di tempat yang dikhaskan serta dapat digunakan sewaktu diperlukan.

Perjalanan menuju ke laut lepas pula  tidak boleh dilakukan terlalu lewat bagi menggelakkan nelayan dari terlepas "waktu sarapan pagi " ikan-ikan di laut. Pada waktu ini nelayan akan memancing menggunakan "Appolo" iaitu sejenis rerambut yang dicipta khas dari tali rafia berwarna hijau. Hasil -hasil yang didaratkan pada waktu ini sangat bermakna kerana ia mampu mencerminkan "jumlah" rezeki yang akan diperolehi sepanjang berada di laut pada hari tersebut..




Situasi pendaratan ikan di kawasan tepian pantai suatu masa dahulu yang benar-benar mewujudkan situasi yang cukup harmoni. Penduduk-penduduk kampung tidak kira yang muda mahupun dewasa bekerja sama sewaktu jam antara 1 ke 4 petang setiap hari untuk memunggah ikan, mendaratkan bot dan sebagainya