Search This Blog

April 25, 2011

Ulang tahun ke-50 Yuri Gagarin ke angkasa

Anjing, tikus bahkan monyet dan bakteria sudah dihantar ke angkasa lepas, tetapi pada 12 April 1961-50 tahun lalu, tibalah giliran manusia pula.
Ketika Amerika ghairah melakukan projek yang sama, mereka telah dikalahkan oleh sebuah lagi kuasa besar dunia, Soviet Union. Manusia pertama yang terpilih melakukan perjalanan bersejarah itu ialah Yuri Gagarin yang ketika itu berusia 27 tahun.
Anak kepada seorang tukang kayu itu dilahirkan di kampong klushino dekat Ghahastask, 240 KM ke timur laut Smolensk.Gagarin dilatih untuk membuat acuan besi di ladang tempat bapanya bekerja tetapi apabila dia dihantar untuk menjalani latihan lanjut di sebuah sekolah teknik, dia lebih tertarik kepada bidang penerbangan. Selepas tamat persekolahan pada tahun 1955 dia memasuki sekolah kadet tentera udara Soviet Union dan lulus pada 1957.
Pakar-pakar perubatan di Rusia menekankan yang angkasawan pertama Negara itu mesti seorang juruterbang kerana mereka perlu melalui situasi g-forces yang tinggi. Mereka juga harus pintar, cergas dan memiliki ketinggian tidak melebihi 1.75 meter dan berat kurang daripada 72 Kg.
Pada tahun 1959, iaitu semasa era perang dinging Rusia-Amerika memuncak, Rusia mula menyaring ramai juruterbang terlatih. Di pihak Amerika,  mereka sudah pun mengumumkan 7 orang calon angkasawan pada awal tahun dan mendapat publisiti besar-besaran. Pada penghujung berkenaan, barulah Rusia memilih 20 orang calon angkasawan tetapi identiti mereka dirahsiakan.
Ketua Program angkasa lepas Rusia, Sergie Korolev, bertegas dengan angka 20.  “Amerika memilih 7 lelaki tetapi kami perlukan lebih ramai calon”, katanya. Ujian demi ujian selepas itu telah menyenarai pendek 6 calon dalam senarai teratas ialah Gagarin diikuti Herman Titov.
Angkasawan pertama itu nanti akan mengembara menggunakan Vostok, sebuah kapal angkasa yang memanfaatkan kuasa tujahan roket semyorka R-7. Roket itu sebelum ini direka untuk melancarkan peluru berpandu antara benua pertama didunia.
Kapal angkasa Vostok telah beberapa kali diuji membawa anjing hidup ke angkasa lepas. Haiwan itu dipakaikan pakaian angkasawan sebenar dan diletakkan tag pengenalan sebagai Ivan Ivanov.
Sebenarnya badan Gagarin lebih berat daripada Calon angkasawan kedua iaitu Herman Titov, dan terdapat cadangan supaya calon angkasawan haruslah seorang yang ringan. Tetapi korolev menyakinkan pihak kerajaan bahawa Gagarin ialah orangnya dan korolev sanggup mengeluarkan beberapa peralatan dari Vostok bagi mengurangkan berat kapal.
Pada 12 April, Gagarin dibawa ke pad pe4lancaran. Sebelum menaiki bas menuju ke kapal angkasa itu, Gagarin kencing ditayar belakang bas berkenaan. Dikatakan perbuatan itu kemudian menjadi ikutan para angkasawan Rusia.
Salah satu perkara terakhir yang dibuat Gagarin ialah memastikan bekalan sosej yang dibawa mencukupi dalam perjalanan pulang rumahnya di Moscow.. Selama setengah abad, perbualan Gagarin dengan korolev berkenaan makanan sosej yang dianggap sebagai biasa telah menjadi sebahagian daripada rahsia besar Rusia hinggalah ia didedahkan dalam dokumen baru-baru ini.
Dokumen itu turut menolak andaian Gagarin dibunuh oleh oleh pemerintah Rusia yang cemburu atau paranoid. Teori kongspirasi menyebut dia diarah bunuh oleh pemimpin soviet, Leonid Brezhnev atas kesalahan yang tidak jelas atau tidak setia kepada parti. Pada pukul 9.07 pagi waktu Moscow, Vostok dilancarkan dari Baikonur, Kazakhstan. Gagarin dibekalkan sebuah anak patung yang akan terapung bagi menandakan dia sudah memasuki ruang tanpa graviti. Cuma 78 minit diperlukan untuk Vostok keluar dari Orbit. Kapal itu berpusing-pusing di angkasa lepas. Selepas kapsul yang dihuni Gagarin terpisah daripada kapal itu, ia mula menjunam jatuh ke bumi. 
Tujuh Kilometer sebelum terhempas ke bumi, Gagarin menekan butang tendang keluar. Dia selamat mendarat menggunakan payung terjun. Dia ditemui seorang petani wanita yang bimbang Gagarin ialah seorang perisik asing. Namun selepas Gagarin bercakap dalam bahasa Rusia, wanita terus menjadi peramah. Pengembaraan itu berlansung selama 108 minit. Gagarin dinobatkan sebagai wira Negara dan menjadi terkenal di seluruh dunia termasuk menjadi penghias muka depan majalah TIME
Dia tidak pernah kembali ke angkasa lepas dan meninggal dunia pada tahun 1968 dalam satu nahas kapal terbang.


 

No comments:

Post a Comment