Mungkin ramai di antara anda di luar sana tidak mengenali dan mengetahui di mana letaknya Kg.Sabak. Ada juga yang bertanya, apa perlunya mereka mengetahui tentang perihal dan sejarah tentang Pantai Sabak dan kaitannya dengan kehidupan seharian mereka...Saksikan dahulu video Dokumentari Khas Kg.Pantai Sabak, Kelantan di bawah ini :
Terletak pada jarak 12 Kilometer dari Pusat Bandaraya Kota Bharu, Pantai Sabak yang dahulunya amat dikenali sebagai sebuah pantai yang cantik dan bersih, bagaimanapun tercatat dalam lipatan sejarah sebagai sebuah perkampungan pertama yang menerima pendaratan tentera penjajah jepun pada 8 Disember 1941.
KAMPUNG SABAK YANG DIKENALI SEBAGAI KG. NELAYAN
"Woi-woi bangun, kelaut deeeee".........Itu lah ungkapan kata-kata yang diambil dari lagu Blues Teganu kite nyanyian Kumpulan Iklim yang pernah popular sekitar awal 90-an dahulu..Biarpun lirik lagu tersebut menceritakan tentang situasi kampung nelayan di sekitar Kuala Kemaman, tapi situasi yang sama juga sebenarnya terdapat di sebuah perkampungan nelayan di Kelantan suatu masa dahulu.
Kubu telah mula di hakis ombak |
Terdapat beberapa artifak sejarah yang berkaitan perang dunia ke-2 ditemui di Kg.Sabak sebagai bukti fakta sejarah pendaratan tentera jepun di kampung ini. Artifak atau bahan sejarah tersebut dapat dilihat dengan jelas di tepi pantai ini suatu masa dahulu. Artifak seperti kubu pertahanan yang digunakan oleh tentera daripada pasukan "First Hyderabad Infantry" yang juga di kenali sebagai tentera "Gurka" oleh penduduk tempatan, telah bersemadi di dalam dasar laut di kampung ini setelah mengalami masalah hakisan yang bermula lewat tahun 1993. Bagaimanapun selepas kerajaan melakukan penambakkan Pantai Sabak untuk menggelakkan lebih banyak kejadian hakisan, kubu tersebut kini berjaya "di daratkan" kembali. Kini ia dapat dilihat semula di Pantai Dasar Sabak.
Gambar di bawah ini mampu mengamit kembali tentang sejarah yang pernah dilalui oleh penduduk kampung sabak suatu masa dahulu .
Kubu masih berada dalam keadaan baik pada awal tahun 90-an sebelum masalah hakisan ombak berlaku dan menenggelamkannya ke dalam laut
Hakisan yang mula berlaku menyebabkan kedudukannya semakin menghampiri laut. 40 peratus telah ditenggelami pentas hakisan atau pasir di persisir pantai
Hakisan yang mula berlaku menyebabkan kedudukannya semakin menghampiri laut. 40 peratus telah ditenggelami pentas hakisan atau pasir di persisir pantai
KAMPUNG SABAK YANG DIKENALI SEBAGAI KG. NELAYAN
"Woi-woi bangun, kelaut deeeee".........Itu lah ungkapan kata-kata yang diambil dari lagu Blues Teganu kite nyanyian Kumpulan Iklim yang pernah popular sekitar awal 90-an dahulu..Biarpun lirik lagu tersebut menceritakan tentang situasi kampung nelayan di sekitar Kuala Kemaman, tapi situasi yang sama juga sebenarnya terdapat di sebuah perkampungan nelayan di Kelantan suatu masa dahulu.
Seawal waktu pagi, setelah selesai mendirikan solat subuh, bunyi deruman yang memecah kesunyian dapat didengar dengan jelas di seluruh ceruk dan kawasan di kampung sabak. Deruman itu sebenarnya datang dari bunyi ekzof-ekzof enjin kuasa kuda yang tidak melebihi 20 horses power milik nelayan-nelayan kampung ini untuk memulakan perjalanan ke lautan lepas. Seawal jam 6 pagi mereka telah mula menyediakan keperluan asas untuk aktiviti- aktiviti menangkap ikan sepanjang hari tersebut. Peralatan seperti minyak petrol, ais batu, mata kail dan sebagainya perlulah sentiasa berada di tempat yang dikhaskan serta dapat digunakan sewaktu diperlukan.
Perjalanan menuju ke laut lepas pula tidak boleh dilakukan terlalu lewat bagi menggelakkan nelayan dari terlepas "waktu sarapan pagi " ikan-ikan di laut. Pada waktu ini nelayan akan memancing menggunakan "Appolo" iaitu sejenis rerambut yang dicipta khas dari tali rafia berwarna hijau. Hasil -hasil yang didaratkan pada waktu ini sangat bermakna kerana ia mampu mencerminkan "jumlah" rezeki yang akan diperolehi sepanjang berada di laut pada hari tersebut..

Situasi pendaratan ikan di kawasan tepian pantai suatu masa dahulu yang benar-benar mewujudkan situasi yang cukup harmoni. Penduduk-penduduk kampung tidak kira yang muda mahupun dewasa bekerja sama sewaktu jam antara 1 ke 4 petang setiap hari untuk memunggah ikan, mendaratkan bot dan sebagainya
gapo gakk sopiii
ReplyDeleteAiih guano gak mung ni jahar...namo kan aku tan belok kang..hehehhe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDi manakah tempat jualan Nasi Kukus Cik Omar ? hahahaha....
ReplyDeletehahahahhaa...mung buleh jawab ko pijey teko-teki tuh...kalu betul jawapan tuh aku akan bui hadioh..hahahhaha
ReplyDelete